RADIO ONLINE SKK.FM

Chat Conversation End

Thursday 5 April 2012


Sering mengalami masalah sakit kepala atau tertekan?
Tahukah anda warna juga mampu mengurangkan masalah tersebut..


HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA : WARNA MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala.
Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata.
Ia mampu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin.




MENGURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA : WARNA BIRU
Rasa tertekan? Cuba fokuskan mata kepada sesuatu yang berwarna biru.
Ia berupaya meransang suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah.
Cuba ubah ”screen saver” komputer kepada warna-warna yang dapat
membuatkan kita tenang dan kurang rasa tegang.




ELAKKAN INSOMNIA : WARNA MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam,
apa kata cuba petua ini. Hiasi bilik tidur dengan warna merah jambu.
Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa..





CERIAKAN MOOD : WARNA JINGGA
Apabila terasa murung dan berusaha untuk mengembalikan tenaga,
cuba sesuatu yang berwarna jingga. InsyaAllah,
pasti mood akan berubah.





LENYAPKAN KELETIHAN : WARNA HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna hijau
mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat
menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.
Kepada sesiapa yang mempunyai masalah mata pula,
cuba perhatikan kehijauan alam ini seberapa kerap yang boleh.. :)