RADIO ONLINE SKK.FM

Chat Conversation End

Thursday 12 April 2012

cinta,jodoh,rezki(duit)


Orang kata, “Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari...” Betullah kata-kata itu tapi kalau dah tahu rezeki tu haram jangan pula nak terima... kalau bersedia dibaham api di akhirat nanti, silakan!

"Orang kata cari rezeki itu susah tapi, bagi ana mudah..." 

"Alah! Awak tu kecik lagi mana tahu apa-apa pasal cari rezeki ni, ni kerja orang tua..."

"Tak kira ana nak cakap juga, pasal rezeki-rezeki ni...."

*** Ana rasanya tak berapa layak nak cerita pasal rezeki-rezeki tapi, ana yakin bahawa rezeki tu kurniaan Illahi... ana tak takut jadi, papa kedana nanti... kerana mungkin waktu itu ana papa kedana... akan datang mana tahu, Allah nak bagi rezeki banyak buat ana, Allah bagi rezeki buat READERS.... tak begitu READERS?

Biasalah Allah pasti akan mendatangkan dulu ujian pada hambanya baru dia beri hambanya itu rezeki yang melimpah ruah.... supaya kita TAK LUPAKAN DIA.....

 (6ان مع العسر يسرا   (الشرح ^..... Allah sendiri dah tegaskan dekat dalam FirmanNYA ini, 
yang bermaksud: Sesungguh bersama kesulitan ada kemudahan..

Mudah saja, tinggal berusaha dan bertawakal.... YAKINLAH sepenuh hati serta serahkan pada Allah segalanya tentang rezeki ni.... 
DOA jangan lupa !    

" Ana still nak cerita pasal rezeki tapi, STILL ada kaitan pasal cinta tadi.... BOLEH TAK?"

"Tak boleh!"

"Tak kira, ana still nak bagitahu dekat readers ana yang setia ni, tentang cerita mengenai REZEKI ni... lepas itu, baru ana bagi tips tentang rezeki OKEY!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 "Okey, cuba teka cerita yang ana nak bagitahu ni ada kaitan tentang apa?"

"Cinta!"

"Ha, pandai! Korang memang readers yang setia membaca dan fokus..... 
Sebenarnya cerita ni tentang KAWIN pulak dah ni... tapi STILL ada kaitan dengan CINTA, kan?

Ahhhh, ana pun  tak pasti... korang bacalah sendiri dan buat penilaian sendiri, okey! 
Ana akan kaitkan CINTA, KAWIN dengan REZEKI....

READERS jangan putus asa, TERUSKAN MEMBACA OKEY!

FIRST STORY~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di zaman Rasulullah saw, ada seorang pemuda datang mengadu kepada Baginda.. 
Dia mengadu mengenai kemiskinan yang dialami dirinya... Maka, seru Baginda “Berkahwinlah”... Maka, pemuda ini berkahwin dengan seorang wanita. Tetapi, nasibnya tetap sama tidak berubah.

Dia datang lagi menemui Rasullah saw.... Maka, seru Baginda “Berkahwinlah”.... Maka, dia turuti saranan Baginda Rasulullah saw tersebut... tetapi nasibnya tetap tidak berubah...

Dia datang sekali lagi untuk kali ketiga berjumpa Rasullah saw maka, jawapan Baginda saw tetap sama, “Berkahwinlah”... Dia tetap yakin dan patuh akan saranan Baginda tersebut tanpa ragu-ragu... Namun, nasibnya tetap sama...

Dia sekali lagi bertemu Rasullah saw.... Maka, jawapan yang diberi tetap sama iaitu, “Berkahwinlah”.... Kali ini, dia berkahwin lagi.... 

Siapa sangka rupanya, wanita yang dia nikahi itu pandai menenun kain maka, diajarnya madu-madunya yang lain menenun kain... Bermulalah titik baru dalam kehidupan mereka dengan menenun kain serta menjualnya... Berubahlah nasib pemuda itu kini daripada miskin kepada kaya...

Ya! Semua atas kurnia rezeki daripada Allah... Yang penting kita kena yakin bahawa kalau dah rezeki tak ke mana.... Kalau bukan rezeki kita, nasi yang ada dalam mulut pun boleh keluar balik... contohnya, bila tersedak... Tak begitu READERS?

Cerita kedua:~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada seorang pemuda ini, dia sedang belajar di Mesir tetapi, dia masih juga terpaksa tinggal lama di sana.. Bukan kerana, tidak mahu pulang ke tanah air tetapi kerana, dia masih lagi gagal dalam satu paper ni.... 

Dah beberapa kali dia mengambil ujian yang sama tetapi masih juga gagal dalam ujian tersebut... Adalah dalam 5,6 kali, dia ambil ujian tu tapi STILL GAGAL...

Dah sepuluh tahun dia terpaksa tinggal di Mesir, balik Malaysia sekali sekala saja... Maklum, harga tiket mahal!

Nak dipermudahkan cerita, emaknya telah memilih dan meminangkan seorang gadis untuknya... Maka, berkahwinlah mereka berdua...

Tup, tup... bila periksa sekali lagi, dia lulus pula.. Dah rezeki, isteri dialah tu! Tak payah lama-lama berjauhan daripada dia... tak payah nak pergi Mesir susah-susah naik FLIGHT, melawat si suami... Ana tak pastilah kenapa dia tiba-tiba boleh lulus pula kali ni... tapi, yang pasti MUNGKIN ada kaitannya dengan kahwin? 

READERS fikirlah sendiri dan kaitkan dengan STORY pertama tadi, OKEY!

THIRD STORY: ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cerita ni mengenai bapa saudara ana sendiri... Kisahnya macam ni, dia dah habis belajar di universiti dan dah pun mendapat segulung IJAZAH tapi, kerja tak ada... Pengganggurlah jadinya.... 

Ada seorang kenalan perempuan dia ni... perempuan seorang ni pensyarah dekat sebuah universiti... zaman tu, pensyarah guna IJAZAH jew lagi... Perempuan kiranya berminat dekat bapa saudara ana ni... Nak dimudahkan cerita, perempuan ni ajaklah bapa saudara ana ni berkahwin maka, berkahwinlah mereka berdua!

Kiranya isteri tanggung suamilah ya!

Ya, lebih kurang macam tulah... rasanya... Dah beberapa lama berkahwin, isteri bapa saudara ana ni ajaklah bapa saudara ana ni sambung belajar lagi, ambil SARJANA pula kali ni... Tamat sahaja belajar, belum konvensyen pun lagi mereka berdua ni dah pun dipanggil bekerja jadi pensyarah dekat universiti...

Rezeki, kan READERS? Readers rasa macam mana hidup mereka sekarang ni?

Okey, sekarang ni bapa saudara ana tu sedang sambung belajar ambil PhD dekat salah sebuah universiti di Durham, UK.... memang rezeki dia.... 

Mula-mula, mengganggur tapi, STILL ada perempuan yang minat dekat dia... 
Lepas tu, siap tanggung nafkah zahir lagi tu... 
Kemudian, ajak sambung belajar pula lepas tu....
Siap tolong bantu mana yang patut supaya dapat biasiswa sambung belajar nanti...

Dan, sekarang ni mereka sekeluarga dah pun tinggal dekat Durham, UK atas dasar 
mengikuti suami atau ayah belajar di sana... 

Bukan dapat elaun belajar saja taw READERS??? Siap dapat elaun untuk Baby Sitter sekali.. Tak payah isteri dia susah-susah nak jaga anak mereka yang tiga orang tu... Bertuah sungguh tuan empunya badan!

Doa-doalah ya! Semoga kita semua dimurahkan rezeki.... 

#### Itulah gunanya seorang isteri, bijak mengeksploitasi kebolehan dan kelebihan suami, 
sentiasa nampak kebaikan suami walaupun tersembunyi, 
tak pernah bersungut mengenai kekurangannya walaupun sekali, 
menjadi pendokong dan pembakar motivasi saat si suami lemah....

Jadi, READERS yang belum kahwin tu... nanti cari isteri, carilah yang ada agama okey!
Rupa tak penting, yang penting hati... Hati kalau dah ikhlas,
Sanggup jew redah lautan api penderitaan serta pahit maung kehidupan bersama suami.... 
Alah, tergedik pulak ana ni! Tiba-tiba, cerita pasal ciri-ciri isteri mithali. Emmm, maaf!

Cukuplah story pasal cinta, kawin jodoh dan rezeki ni
Tips mengenai REZEKI ada disediakan di bawah
Kepada READERS yang BERMINAT, bolehlah baca AMBIL POIN-POIN PENTING SAHAJA
 Malas koi nak paksa-paksa READERS membaca hasil tulisan koi yang memang panjang menjela ni......

Allah S.W.T. telah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
01.Menyempatkan diri beribadah
Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]
02
   .Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]
03.
     Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]
04.
     Sentiasa ingat Allah S.W.T.
Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.
    Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]
     *** Kita juga digalakkan menziarahi sahabat-sahabat ibu bapa kita, sesudah mereka meninggal dunia.. bagi menjalinkan silaturrahim daripada terputus akibat kematian mereka.. Hal ini juga baik, sebagai tanda kita menghargai ibu bapa kita sendiri... Anggaplah sahabat-sahabat ibu bapa kita juga seperti ibu bapa kita... Kadangkala, mereka tanpa sengaja akan menceritakan kebaikan ibu bapa kita kepada kita maka, syukurilah nikmat dikurniakan ibu bapa yang baik... Biarpun mereka sudah meninggal namun, kebaikan mereka akan terus kekal, dekat di hati...
     Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]
07.
      Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]
08.
         Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09.Banyakkan berbuat kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10.
       Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

**** Lepas tu, kalau boleh, sebelum zohor atau dalam pukul 12 tengahari gitu, tidur la sekejap (nap) untuk dapatkan semula kesegaran. 

Ustaz Dr. Zahazan kata – Sabda Rasulullah SAW; “Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)”.

11.Menjalinkan silaturrahim
Nabi S.A.W. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]
12
    .Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]
13.
        Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]
14.
      Melazimi solat malam (tahajjud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Ana memang malas nak buat semua ni, InsyaAllah akan cuba buat lepas ni, doa-doakan ye!  (dalam pukul 8 pagi ke atas dan sebelum pukul 11.30 pagi dah boleh buat). Ini tips sempoi dan mudah.
Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

***** Ada hadis dari Bukhari dan Muslim berbunyi  “Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu: supaya aku tidak tidur (malam) selepas menunaikan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakat solat sunat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan”
6.
      Bersyukur kepada Allah S.W.T.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17
      .Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. 
Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
*** Baca ayat seribu dinar, surah al-Mulk....
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.
      Berikhtiar sehabisnya
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah denganmelaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

No comments: