RADIO ONLINE SKK.FM

Chat Conversation End

Tuesday 10 April 2012

cinta,couple.jodoh

Alhamdulillah tahun ni umur aku cukup 26 tahun.suda tua ke?mude ag kan?kihkihkih. tahun ni aku belajar banyak mengenai hati. hati is a heart...dalam bahasa arab ape??pergi cari dalam kamus arab ea...

~ Aku dah semakin faham dah macam mana rasa suka, sayang, cinta itu mula tumbuh dan mekar dalam hati ni dan aku  sedikit tahu yang cinta dan sayang tu boleh dibunuh dengan sedikit racun benci. 

Ya! Kita kena tahu serba sedikit keburukan lelaki atau perempuan tu supaya ia mampu menjadi racun yang ampuh untuk membunuh rasa cinta yang sudah mulai kembang membiak di dalam hati.serius aku talk to you k...

~ Jika tak dibunuh, takut kita pula yang mati rasa... kalau cinta dan sayang itu tumbuh atas dasar dan tapak cinta yang suci tak mengapa tapi, kalau ia tumbuh atas dasar yang kurang suci a.k.a haram seperti couple monyet/buaya/biawak dll... Emm sorry2! Aku takkan terima semua yang ni macam punya! Bukan apa aku nak jaga hati.. takut hanya jadi kotor dek kerana melayan perasaan yang indah ini... 
Ya, melayan rasa hati pada tempat dan orang yang salah...

~ Rasanya tak ada orang yang bercouple berdoa macam ni, 
“Ya Allah, berkatilah dan mekarkanlah rasa cinta kami ini di bawah 
lindungan redha-Mu, ya Allah... kalau orang bertunang mungkinlah ada doa macam ni terutama orang yang dah hampir-hampir sangat nak diijab kabulkan... kalau orang dah berkahwin lagilah selalu doa-doa macam ni baru berkat rumah tangga... Ya! Terlalu berkat di bawah naungan redha Illahi...InsyaALLAH kita sama2 cari keberkatan ea

~ Kalau ada orang bercouple doa macam ni, baik dia orang nikah jewla... 
Nampak sangat dah sedia dan dah ikhlas dah tu, 
nak menerima cinta dan kasih sayang daripada insan yang BAKAL bergelar suami atau isteri...
Tak yahlah couple beriya-iya, ( tapi aku sendiri pon beriya-iya.kih3. tp i will try to be perfect couple with syariah punya ajaran. masih lagi mengubah diri)

***** Kalau betul dia jodoh kamu, kamu kena yakin dengan perkara itu! 
Kalau dia bukan jodoh kamu !
Mungkin Allah telah sediakan jodoh yang terbaik untuk kamu di syurga nanti
Jika, kamu tidak mendapatnya di dunia....ko guano?(klate loghat)

~ Bukankah jodoh, ajal, maut, rezeki.... Allah dah tentukan di Luh
Mahfuz sejak azali lagi, jadi kita sebagai seorang muslim kenalah 
yakin dengan sepenuh hati semua perkara ni...

~ Kalau orang bercouple tu kata, “ bercouple ni suatu usaha untuk mendekatkan lagi jodoh”
Rasanya usaha atas dasar ni memang salah.... kalau betul dia jodoh kita, kita memang dah boleh rasa dah semua ni sejak awal-awal lagi pertemuan kita lagi... 

Ya, sebab tu kita kena jaga hati, supaya hati tidak memberikan signal yang salah kepada minda... 
Kita biasa dengar orang kata, “Dari mata turun ke hati”.... jangan lak dari hati nanti turun ke kepala lutut lak READERSS...

Ya, cinta tu datang dan akan berputik sendiri dengan hanya memandang orang itu sekali.... 
Aku ulang lagi, dengan SEKALI pandang sa.... ha.... ja...., semuanya boleh jadi... 

Mudahnya cinta itu sebenarnya! Alangkah, indahnya dan amannya dunia kalau semua orang boleh mengerti hal ni... tak adalah kes buang bayi sana sini... tak adalah kes lari rumah... alah, murtad pun ada.... sebab cinta manusiawi albinatangwi ni.kohkohkoh..

Jijiknya cinta, bila semua ini terjadi... padahal cinta itu fitrah dan fitrah itu suci...

Jodohku yang pasti ialah mati... Jika tak sempatku merasai jodoh manusiawi, sekurang-kurangnya sempatku mempersiapkan diri untuk menghadapi jodohku yang pasti. Mensolehkan diri menjadi hamba abdi kepada Allah, Tuhan sekalian Alam.

~~~~~ Aku ada sedikit tips mudah tentang usaha dalam mencari jodoh dan rezeki.............. 
Jodoh tu sebenarnya tak payah nak dicari-cari sangat tapi, usahanya kenalah ada.....

Antara usaha dalam mendapatkan jodoh:

~~~ FIRSTLY.... first impression kena jaga, pakaian biarlah kemas... alah, baju kuno atau lama pun boleh jadi cantik kalau korang pandai gayakannya... dah tahu baju buruk pakailah tudung cantik sikit... Lagipun, tak baik TABARRUJ, menayang-nayangkan a.k.a berhias diri serta kecantikan kepada bukan muhrim/mahram.. KEKEMASAN lebih penting, rasanya..... jika nak dibandingkan dengan kecantikan.... Tak begitu READERS?

~~~ SECONDLY, baiki hati... jodoh lambat bukan apa, itu maksudnya Allah nak bagi yang terbaik untuk kita.. Jadi, sementara tak dapat lagi tu, banyak-banyakkan berdoa dan beristighfar... perbaki diri..... manalah tahu Allah sengaja buat semua ni sebab nak uji keimanan kita padanya... Baiki hati, pasti cahaya iman akan berseri di mukamu nanti... lelaki atau perempuan mana yang tak tertarik pada seri kita tu nanti... Kalau dah jodoh tak ke manakan?tapi haruslah usahakan kearah kemuliaan...

~~~ LASTly... OKEY, cuba amalkan doa ni, Ustaz Wahid yang bagi doa ni hari tu ................................
Orang sibuk sembahyang hajat nak periksa tapi, dia sibuk bagi motivasi supaya kami warga SMAW  jadi manusia yang berjaya dunia akhirat.. Bagus! Barulah seimbang, berjaya dunia akhirat !

اللهم اررقني روجا صالحا وجميلا وراکيا         (Readers perempuan baca & amalkan yang ni)

اللهم اررقني روجتا صالحتا وجميلتا وراکيتا     (Readers lelaki baca dan amalkan yang ni)

* Aik, mana pergi titik huruf Zal ni ?

~~~~~ Cara bacaan: Allah,hum,mar   zuq,ni   zau,jan/zau,ja,tan.... so,li,han/so,li,ha,tan.... wa ja,mii,lan / ja,mii,la,tan..... wa za,kiy,yan/za,kiy,ya,tan....

***** Maksud doa ni : Ya Allah kurniakanlah padaku (suami/isteri).... yang (soleh/solehah)...... dan yang (kacak/cantik)..... serta yang (bijaksana/bijaksana)....

* Baca dan amalkan dengan penuh keyakinan bahawa jika benar Allah dah tentukan dia jodoh kita tak ke mana.... Allah dah tulis semua tu di Luh Mahfuz jadi TAWAKAL sajalah pada-Nya......... lepas dah amalkan semua tips ni OKEY!

Ustaz Wahid ada cerita lagi sebenarnya pasal cinta ni... Alah, aku tengok ada dah readers yang tergedik-gedik nak tahu dah tu... eleh2 ciannya... meh sini.... aku bagitahu....
Aku dah tak berapa ingat sangat dah sebenarnya, cerita tu..... but I will try my best OKEY!

CERITA CINTA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, ceritanya lebih kurang macam ni... Ada seorang Ustaz kalau tak silap aku lorhhh, kawan baik juga dengan Ustaz Wahid tu.... Ustaz Wahid datang rumah dia... tiba-tiba, ternampak isteri dia... Molek sungguh isteri dia tu! Muda lagi, cantik, ada agama pula tu... Alah, packagelah katakan.... Ustaz Wahid pun ngeceklah macam mana mereka boleh jumpa padahal, dia tu boleh dikatakan bujang terlajak jugalah... kawin-kawin dapat isteri... Pergh! Cun melecun, anak dara sunti lagi tu....jelesh wa..hukk3

Kawan ustaz Wahid tu pun mulalah buka cerita... Cerita cinta mereka berputik di Tanah Suci, mereka bertentangan mata dalam lif... Tak mudoh! Cinta pandang pertama okey! Ustaz yang bertuah tu hanya sempat tengok perempuan tu senyum dan tak sempat nak tanya atau kata apapun pada perempuan tu... Lif pun dah sampai tingkat yang dikehendaki, mereka pun keluar itulah kali pertama dan kali terakhir mereka berjumpa... ROMANTIKnya...

Ustaz tu pun mulalah menyimpan rasa di dalam hati, cinta yang mekar lagi suci itu tak sempat terungkap pada wanita itu tetapi kekal di dalam hati sehingga dalam doa serta seraya hatinya memohon pada Illahi.... dipertemukan jodohnya dengan perempuan ini... 
Ya! Doa yang ana bagi tadi tu.... READERS! Ingat ya, amalkan doa tu selalu...

Hampir belasan tahun menanti jodohnya dipertemukan Illahi, ustaz tu tak pernah berhenti berdoa... setiap kali solat pasti dia mendoakan cintanya itu.... Suatu hari, ada lagi seorang ustaz ni... Ustaz ni kira macam seniorlah juga, ajak Ustaz yang bertuah tu datang rumah dia... Ustaz yang bertuah tu pun, datanglah ke rumah dia macam yang disuruh... 

Mula-mula, kakinya melangkah di rumah itu... hatinya, biasa-biasa sahaja.... Alah, macam pergi rumah orang lain tapi, bila Ustaz senior tadi panggil nama anak gadisnya dan anak gadisnya muncul di muka pintu... Mulalah, ustaz Bertuah tu malu a.k.a terkejut seraya bertanya, “Lah, ni anak ustaz ke?”..... Anak gadis ustaz tu pula hanya tersenyum dan tunduk tersipu-sipu malu ternampak Ustaz tu... Eleh, perempuan tu senyum sebab malu OKEY! Ceh, sweet giler!

Ustaz bertuah tu betul-betul tak percaya yang perempuan yang dia suka selama ni, rupanya anak Ustaz senior tu... Alah, Allah sengaja lambatkan jodoh Ustaz tu supaya dia dapat CINTA yang lebih SWEET rupanya, bermenantukan anak kenalan sendiri...

Ustaz senior sendiri pelik melihat gelagat mereka berdua, alah orang tua memang faham sangat pasal semua ni... Ustaz tu pun mulalah bertanya lebih kurang macam ni, “Ustaz suka ke anak saya tu... dia tu tak berpunya lagi”.... pucuk dicita ulam mendatang, ibarat orang mengantuk disorongkan BANTAL... Apalagi, bapa mertuaku dah bagi LIGHT GREEN, jalanlah... Begitulah kisah cinta mereka... SWEET, kan?

Itulah orang kata cinta dan rindu itu kalau dipendam lagi manis jadinya.... Cinta tak perlu diluahkan sekarang ni.... Kalau betul masa dan ketikanya.... Kalau hati kedua-duanya dah bersedia nak memberi komitmen....Terutama yang LELAKI.... Terus jewlah kawin!

Cinta pandang pertama tu... Biarlah mekar hanya pada suami atau isteri kita sahaja....  Orang yang paling wajar dan tepat sekali untuk kita memberi cinta itu.... Barulah sweet kalau dah betul-betul rasmi nanti.... Ni belum apa-apa dah banyak sangat kita tahu tentang dia, bila dah kawin mulalah hilang impress kita dekat dia, mulalah hilang nilai curiosity kita dekat dia.... kih3, DR. berfalsafah cinta pula aku neh.... Alah jiwa muda memang suka sangat bab-bab cinta ni...

NASIHAT CINTA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi, kalau anak-anak muda, budak-budak sekolah dah mula menggedik nak bercouple tu, orang tua, akak-akak, abang-abang TOLONG kawallah sikit! Takut jadi benda yang bukan-bukan pula lepas ni... alah bukan tak ada budak sekolah umur 10 tahun mengandung dekat Malaysia ni.... Cuma tak ada orang nak heboh-hebohkan dekat TV tu jew...

Tak percaya! Pergilah felda-felda, kawasan yang ceruk-ceruk, lorong-lorong di bandar-bandar raya.... Tengok sendiri macam mana kehidupan mereka dekat sana... Aku bukan nak salahkan mana-mana warga Felda atau nak memburukkan mana-mana pihak tapi, bila duduk tempat-tempat sunyi macam tu... mulalah gatal kaki, tangan ni nak mencari hiburan... nak berhibur dengan FB.... Ha! Susah betul nak dapat line dekat sini... Lagipun, kafeteria kurang dekat tempat-tempat macam ni.... Nak pergi. Pergh! Jauh sekaki...

Susah-susah sangat... anak-anak muda mulalah merempit sana-sini, anak-anak dara sunti pun join sekaki bersiar-siar membonceng motor sendiri dengan pakai pakaian yang agak seksi.... Kalau bersiar-siar di tengah hari takpe, ni bersiar-siar di senja-senja hari.... Emmmm, aku ada experince sendiri tengok perangai masyarakat Felda ni tapi, aku tak boleh nak komen lebih-lebih.... aku tengok tu pun sikit jew, aku tak naklah berpra sangka buruk sesama umat Islam.. Maaf kalau penulisan ini mengganggu mana-mana pihak... Sejuta KEMAAFAN sekali lagi dipinta...peace yaww~!!!!

Kepada yang masih sudi membaca lagi, 
macam biasa READERS TERUSKAN MEMBACA

No comments: