RADIO ONLINE SKK.FM

Chat Conversation End

Wednesday 11 April 2012

7 Kelebihan Syaitan Berbanding Manusia

7 Kelebihan Syaitan Berbanding Manusia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Pada logik akal, dan fakta yang kita tahu, darjat manusia itu pasti dan ternyata lebih tinggi daripada syaitan. Manusia dijadikan daripada tanah, malah syaitan pula dijadikan daripada api. 

Harus diakui dan beriman bahawa syaitan tempatnya di Neraka Jahannam. Tapi manusia?? ada yang akan dimasukan ke neraka bersama ...syaitan dan ada juga yang akan dimasukkan ke dalam syurga kelak. Di manakah tempat kita??

Walaupun syaitan ini terlalu jahat perangainya, sentiasa menghasut manusia ke jalan yang sesat, tapi ternyata ada juga sifat syaitan yang lebih baik daripada manusia itu sendiri.

Di sini, saya kongsikan 7 sifat syaitan tersebut:

1) Pantang menyerah
Syaitan tidak akan berpatah semangat sebelum hajat dan keinginannya tercapai dalam menggoda manusia. Tapi, manusia pula cepat sangat menyerah kalah dan berputus asa seandainya apa yang dihajati tidak tercapai.

2) Berusaha keras
Syaitan akan berusaha keras mencari idea, mencari bahan serta mencari jalan untuk membawa manusia ke jalan yang menyimpang dari ajaran agama. Sedangkan manusia itu sentiasa mahukan semuanya tersedia dan kebanyakan daripada manusia sangat malas beusaha.

3) Berterusan
Syaitan memang diciptakan dengan mempunyai rasa dan sifat konsisten. Sebab syaitan akan berterusan mengoda manusia. Walaupun cubaan pertama gagal, namun syaitan akan terus mencuba buat kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Manusia? Apabila gagal dalam percubaan yang pertama dan kedua, terus menyerah. Disebabkan hal itu, manusia ramai yang gagal terutamanya bagi mendapatkan pekejaan.

4) Bersatu padu
Syaitan tidak pernah menyakiti sesama mereka. Malah akan saling membantu dan bekerjasama dalam menyesatkan umat manusia. Sedangkan manusia, saling berbunuh sesama sendiri, menyakiti sesama sendiri dan sebagainya.

5) Genius
Syaitan genius dan pintar dalam mencari idea dan taktik untuk mengheret manusia ke jalan yang gelap. Mereka sangat suka bila mana manusia melakukan kesilapan dan termakan dengan tipu daya mereka. Manusia pula mudah hilang kawalan setelah mendapat ujian yang membebankan, tidak berfikir secara rasional. Manusia juga tidak suka berfikir, kerana itulah muncul istilah ‘plagiat’ dan peniru. 

6) Mengaharapkan balasan
Syaitan bekerja 24 jam dalam membawa dan menghasut anak cucu Adam ke neraka, membuat perkara mungkar dan sebagainya. Sedangkan manusia, memerlukan upah, bayaran barulah kerja berjalan.

7) Suka Berteman
Syaitan ialah makhluk yang sangat suka berteman untuk dimasukkan ke dalam neraka kelak. Mereka ingin kan manusia menemani mereka di kehidupan abadi nanti.

Apa yang saya kongsikan ini bukan lah amalan sesat dengan mengatakan syaitan itu lebih baik daripada manusia. Tapi, sila pandang dari sudut positf di mana sifat-sifat mereka sangat kontra dengan manusia. Manusia yang saya tujukan, bukan semua manusia, malah segelintir manusia sahaja. 

Sejahat-jahat makhluk itu juga punyai kelebihannya tersendiri.

Sebab itu All menyuruh umatnya mengingatinya selalu agar tidak mudah diperdaya Syaitan.......Wallahuallam

No comments: