RADIO ONLINE SKK.FM

Chat Conversation End

Sunday 25 March 2012

'DARI KACA MATA'....


'Dari kaca mata dimana aku melihat segala,baik dari segala pelosok mahupun sudut yang molek sementelah jua yang jelek tidak terkira pula yang penuh palsu menanti kerdip.Bukan cuba menongkat langit,mengancuh petala apatah lagi merombak arus tetapi sekadar berkongsi cerita,perihal gelagat 'Kita' yang jauh dari sifat yang asal sedia.

Tiada terlintas jua untuk aku mengagung pujangga diri,menekan hebat pekerti sedang aku jua lemah sendiri,namun andai mudah kita berkongsi,tiada lagi capiknya diri kerna 'tongkat' sentiasa disisi..

'Cemburu',satu perkataan mudah menggambar ekspresi,dimana besar maksud serta luas cara gunanya tetapi sayang acapkali dibuat alasan yang kuat akal beradu,yang lemah rasa berseteru.Bukanlah orang tanpa rasa cemburu,baik yang berat sifatNya apatah terselit yang sedikit rasaNya,diguna baik maka bahagia akhiran manakala andai di'sara' sarat meletus perbalahan.Penyakit 'cemburu' bermacam ragam,yang paling selalu berdendang adalah 'cemburu buta',tiada lain bahasa yang mampu merawat melainkan sesalan sahaja menjadi pengubat.

Pernah Aku melihat keletah cemburu buta sang teman,sifatnya bagai disampuk syaitan,yang baik diluah yang pahit ditelan,sukar disanggah rakan dan taulan,amarah buas seakan pedoman maka sudahnya terputus hubungan.Tiada bahasa serasi di minda,'siasah' diri seakan beraja,sibuk menegak yang basah di mata,sang isteri berendam resah sedia.Tapi yang menghairankan Aku,si isteri pun tiada tolak ansurnya lagi,tutur lembut bertukar ngeri,cabar mencabar tiada 'seri',menang utama tewas ditepi.Mula sibuk seakan meroyan,dahulu tangan mengendoi buaian,kini dunia nak di'hayun'kan,suami yang cemburu jadi sasaran,jawabnya terjelupuk dek tangan-tanganan,akhirnya Qadhi yang jadi buruan tiada lain melayan aduan.Puncanya tiada melainkan 'Iri',takut sang isteri menukar ganti,bijaknya pasang jauhnya 'kaki',petah melangkah menetap lokasi,bila tercium dek 'mata' suami,meletus rasa bak gunung berapi.Belum sahih cerita ditentu,mula menuduh secara melulu,seakan diri segalanya tahu,maka hukum sendiri terbit dahulu.Aku?mintak simpanglah...Tempias dek kacamataku,aku jua melihat keletah 'Angkuh' seakan tinggi tidakkan jatuh.tiada lain masih jua dikalangan teman,rakan dan taulan serta sahabat handaian.

ANGKUH?ringkas tapi padat menggambar betapa besar tubuh kerdil sang bahan ciptaan,cuba melebihi sang Pencipta,baik dari gagahnya bicara apatah kerasnya sikap berlaga,tapi sering tewas bertemu 'ruas'.Kononnya tiada bandingnya diri,ber'sembung' tidak pernahnya lari,nama terpatri musuh mencari.Tapi sayang,hilang taring bila seorang,hanya bahasa tak henti menyerang,gertak sang kawan hampir mengerang,hebat diri semata dikarang,hakikat sekeliling yang menjadi 'tulang'.Tergelak besar aku melihat ragam orang sebegini,kecur hati tiada terperi,nak berlanggang apatah lagi,takut mendengar si cerita ngeri,hebat mereka seisi negeri,sedang aku siapalah diri?.Tiada berakhir kisah hebat di lagu,salakkan kuat jauh berbatu,cabar si kecil diajak beradu,menang ketawa kalah menyusup malu!Konon diri berdarah pendekar,zaman berubah tetap sejajar,pantang ber'tempuh' jasad melingkar,keris dicantuk tangan menampar,rasa bangga sukar digambar,Angkuh senang ditepung tawar!Yang menghairankan aku,sunyi suara bila tiada 'tentera'..haha

Rasanya penyakit-penyakit inilah yang melemahkan bangsa,zuriat tak sempat mengembang angkara kita yang 'lemas' dek rembang,sibuk dicelah-celahnya remang,menuntun feel si 'belulang' hingga lupa pada yang belakang,angkara terasa panas di'panggang.Andailah kita mampu merubah diri,sebelum menjangkau insan disisi,hasilnya pasti indah berseri,bangsa 'kuat' penuh bererti,mulakan dari rumah sendiri,buang Cemburu percaya diganti,Angkuh dimansuh sifat sederhana ber'jati',ghaibnya amarah senyum ter'isi'... 

No comments: